Sukarnya beristiqamah….

Setelah sekian lama tidak menulis, hati kembali tergerak untuk menulis setelah dinasihati oleh seorang kawan. Ya sememangnya hati ini yakin bahawa menulis juga sebahagian daripada dakwah dan kepentingannya tidak dapat dinafikan lagi. Seorang penulis ialah seorang yang berjiwa besar kerana telah menghaparkan karyanya untuk dinilai oleh semua orang. Penulis sebenar akan tetap menulis dan tak pernah terbunuh semangatnya dengan kritikan dan tak pernah dibuai lalai dengan pujian. Diri ini amat kagum dengan para penulis yang sentiasa diberikan hidayah oleh Allah untuk menulis dan setiap tulisan mereka mempunyai ruh yang menghidupkan hati-hati pembacanya. “Ya Allah aku bermohon kepadamu agar mampu terus menulis dengan ikhlas dan sentiasa bermanfaat semasa hidupku dan setelah matiku “. Tulisan merupakan sedekah jariah yang telah dijamin merupakan sumber pahala bagi seseorang yang telah pergi menemui tuhanNya. Nah, bukankah hal ini sesuatu yang amat kita perlukan?. Ya, tapi sukarnya beristiqamah…. Termasuklah beristiqamah dalam menulis.

Istiqamah merupakan arahan Allah dan rasulnya. Allah telah berfirman :
“ Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan Kami ialah Allah", kemudian mereka tetap istiqamah Maka tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan mereka tiada (pula) berduka cita.” (46:13)

“Katakanlah: "Bahwasanya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahwasanya Tuhan kamu adalah Tuhan yang Maha Esa, Maka tetaplah pada jalan yang Lurus menuju kepadanya dan mohonlah ampun kepadanya. dan kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang mempersekutukan-Nya,” (41:6)

Dari Abu Amr, ada juga yang mengatakan – Abu ‘Amrah, Sufyan bin Abdillah ats-Tsaqafi ra, dia berkata, “ Saya berkata, “Wahai Rasulullah, katakana kepada saya tentang Islam, sebuah perkataan yang tidak saya tanyakan kepada seseorang selainmu.” Beliau bersabda “ Katakanlah : “ Saya beriman kepada Allah, kemudian beristiqamahlah.” (HR. Muslim)

Kalau kita meneliti arahan-arahan Allah dan rasulnya, kita akan medapati titik tekannya sangatlah mudah difahami iaitu beriman kemudian beristiqamah. Namun dalam hal ini kefahaman terhadap perintah sahaja tidak mencukupi kerana yang lebih penting ialah melaksananya sesuai dengan syariat. Adakah menjelmakan arahan ini dalam bentuk praktikal semudah teorinya?. Sudah tentu tidak!. Sebagai seorang manusia, amat susah bagi kita untuk konsisten dalam sesuatu perkara kerana kita mempunyai hati dan keinginan.

Hati manusia ialah faktor yang paling banyak mempengaruhi tingkah laku manusia. Harus diingat bahawa hati manusia sentiasa berbolak balik. “Sesungguhnya dinamakan qalbu adalah tidak lain kerana mudahnya ia berbolak-balik: perumpamaan qalbu adalah sebagaimana sehelai bulu yang menempel pada batang pohon yang dibolak balik oleh angin” (-HR Ahmad, Hadis sohih ). Demikian juga yang berlaku di alam realiti. Kita pernah bangun di tengah malam lalu menangis memohon keampunan kepada Allah tapi setelah fajar mula bersinar, kita melakukan maksiat seakan-akan tidak pernah setitis pun air mata keinsafan mengalir di pipi kita. Adakalanya kita bangun pagi dengan penuh keazaman dan pada petangnya kita kembali dengan penuh penyesalan.

Justeru, kita perlu lebih banyak memerhatikan setiap langkah kita agar tidak terpesong tanpa kita sedari. Marilah sama-sama kita saling menguatkan tekad dan azam untuk terus beristiqamah dengan setiap perbuatan baik yang kita lakukan. Muah-mudahan saya juga akan terus beristiqamah untuk menulis….. Ameen…





Seja o primeiro a comentar

Followers

Muslimkaffah © 2008 Template by Dicas Blogger Supplied by Best Blogger Templates

TOPO