Jadilah muslim yang telus

Ini ialah nasihat untuk diriku dan siapa yang membacanya….

Menjadi seorang muslim ialah anugerah Allah yang amat bernilai. Nilaiannya tak setanding emas dan permata kerana nialainya ialah syurga. Apakah kita layak memasuki syurga hanya dengan menyandang gelaran muslim? Maka jadilah muslim yang telus. Yang telus mencintai Allah dan Rasul, yang telus mentaati keduanya, yang telus bertaqwa kepada Allah dan yang telus mengikuti sunnah-sunnah Rasulullah SAW.
Allah berfirman:
“Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.” ( 2:208)

Allah SWT dengan jelas telah mengarahkan kita, hambanya untuk menjadikan keseluruhan aspek kehidupan kita berlandaskan dan bercirikan islam. Sesungguhnya menjadi satu bentuk kezaliman apabila kita meletakkan sesuatu yang jauh daripada nilai islam dengan label dan jenama islam. Dewasa ni, ramai remaja yang terkeliru dan menganggap sebahagian besar budaya yang mereka ambil daripada sumber-sumber yang jauh identiti keislamannya dengan berlandaskan hawa nafsu mereka yang pasti jauh daripada landasan Al-quran dan sunnah sebagai sebahagian daripada budaya islam. Terdapat sebahagian yang melenting apabila ditegur. Maka orang yang menegur dilabelkan dengan label kolot, terlalu konservertif dan tidak moden. Sedarilah , bahawa islam tidak menghalang pemodenan dengan syariatnya yang luas yang tidak terbatas dengan zaman dan tempat tetapi siapa kita untuk memodenkan islam yang telah Allah sempurnakan sebagai nikmat untuk setiap manusia.

“diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging hewan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang terpukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah, (mengundi nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan. pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu Jadi agama bagimu. Maka barang siapa terpaksa karena kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (5:3)

Penulis secara peribadi tidak menafikan terapat juga sebahagian pendawah yang salah menilai bahkan terkadang berlebihan dalam beramal dengan islam. Justeru kita harus menjadi muslim yang telus. Yang telus dengan Al-quran dan yang telus dengan Sunnah. Syarat sesuatu amal diterima disisi Allah ialah benar dan baik. Benar mengikut sunnah dan baik niatnya iaitu ikhlas kepada Allah.
“Katakanlah: Sesungguhnya aku ini manusia biasa seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku: "Bahwa Sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan yang Esa". Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, Maka hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya". (18 :110).

Maka tidak boleh kita mendengar lagu-lagu yang jelas bercanggah dengan tuntutan islam walaupun untuk mendapatkan ketenangan dan motivasi. Islam tidak pernah mengikuti hawa nafsu kita sebaliknya syaitanlah yang akan menjadi pembimbing bagi mereka yang ingkar. Nauzubillaiminzalik. Maka jadilah muslim yang telus. Yang telus kepada syariat Allah. Apakah boleh kita menampal poster-poster yang manampilkan pelaku-pelaku maksiat kerana kecantikkan poster tersebut? Sudah tentu tidak kerana yang cantik bagi seorang mukmin ialah yang cantik menurut Allah dan Rasul. Hal yang sama juga kepada sesiapa yang melihat pornografi dengan alasan untuk balajar(????). Maka jadilah muslim yang telus kerana Allah tidak pernah kalah dengan tipu daya musuh dan kita. Oleh itu, pegangan kita ialah Al-quran dan Sunnah, kita tinggalkan yang bercanggah dengan kedua-duanya dan kita ikuti apa yang terkandung dan sejajar dengannya. Maka jadilah muslim yang telus niatnya dan benar perilakunya.

Setiap perbuatan yang kita lakukan pasti akan dihisab oleh Allah SWT di akhirat kelak dan pastinya diberikan ganjaran yang setimpal. Maka tiada satupun perbuatan kita yang harus sia-sia. Melalui zaman remaja yang penuh dengan keinginan, pemberontakkan, dan cabaran bukanlah sesuatu yang mudah. Maka yakinlah setiap pengorbanan hawa nafsu kita untuk mengikut syariat Allah pasti akan diberikan balasan yang lebih baik . Salurkanlah jiwa muda yang memberontak ini untuk mengalahkan syaithan dan pengikut-pengikutnya. Sesungguhnya yang mampu melakukan hal ini ialah para pemuda yang berjiwa besar, yang dekat dengan tuhannya, yang bijak dan pastinya yang diberikan hidayah oleh Allah. Maka marilah kita menjadi pemuda muslim yang telus dan yang luar biasa. Kalau kita hanya ingin menjadi pemuda yang keliru dan yang masih mendengar , menonton, dan melakukan perkara yang sia-sia, kita hanyalah pemuda lemah yang tak berdaya dan tak berjaya memimpin diri sendiri. Mudah-mudahan Allah memberikan kita kesempatan untuk berubah dan memanfaatkan segala potensi yang ada untuk menegakkakan islam kerana kita harus sedar memiliki potensi, kekuatan, dan kebijaksanaan yang besar tapi tidak dimanfaatkan di atas jalan Allah ialah satu bentuk kekufuran terhadap nikmat-nikmat Allah. Maka jadilah muslim yang telus mensyukuri nikmat-nikmat Allah terutamnya nikmat islam dan iman.

Sukarnya beristiqamah….

Setelah sekian lama tidak menulis, hati kembali tergerak untuk menulis setelah dinasihati oleh seorang kawan. Ya sememangnya hati ini yakin bahawa menulis juga sebahagian daripada dakwah dan kepentingannya tidak dapat dinafikan lagi. Seorang penulis ialah seorang yang berjiwa besar kerana telah menghaparkan karyanya untuk dinilai oleh semua orang. Penulis sebenar akan tetap menulis dan tak pernah terbunuh semangatnya dengan kritikan dan tak pernah dibuai lalai dengan pujian. Diri ini amat kagum dengan para penulis yang sentiasa diberikan hidayah oleh Allah untuk menulis dan setiap tulisan mereka mempunyai ruh yang menghidupkan hati-hati pembacanya. “Ya Allah aku bermohon kepadamu agar mampu terus menulis dengan ikhlas dan sentiasa bermanfaat semasa hidupku dan setelah matiku “. Tulisan merupakan sedekah jariah yang telah dijamin merupakan sumber pahala bagi seseorang yang telah pergi menemui tuhanNya. Nah, bukankah hal ini sesuatu yang amat kita perlukan?. Ya, tapi sukarnya beristiqamah…. Termasuklah beristiqamah dalam menulis.

Istiqamah merupakan arahan Allah dan rasulnya. Allah telah berfirman :
“ Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan Kami ialah Allah", kemudian mereka tetap istiqamah Maka tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan mereka tiada (pula) berduka cita.” (46:13)

“Katakanlah: "Bahwasanya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahwasanya Tuhan kamu adalah Tuhan yang Maha Esa, Maka tetaplah pada jalan yang Lurus menuju kepadanya dan mohonlah ampun kepadanya. dan kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang mempersekutukan-Nya,” (41:6)

Dari Abu Amr, ada juga yang mengatakan – Abu ‘Amrah, Sufyan bin Abdillah ats-Tsaqafi ra, dia berkata, “ Saya berkata, “Wahai Rasulullah, katakana kepada saya tentang Islam, sebuah perkataan yang tidak saya tanyakan kepada seseorang selainmu.” Beliau bersabda “ Katakanlah : “ Saya beriman kepada Allah, kemudian beristiqamahlah.” (HR. Muslim)

Kalau kita meneliti arahan-arahan Allah dan rasulnya, kita akan medapati titik tekannya sangatlah mudah difahami iaitu beriman kemudian beristiqamah. Namun dalam hal ini kefahaman terhadap perintah sahaja tidak mencukupi kerana yang lebih penting ialah melaksananya sesuai dengan syariat. Adakah menjelmakan arahan ini dalam bentuk praktikal semudah teorinya?. Sudah tentu tidak!. Sebagai seorang manusia, amat susah bagi kita untuk konsisten dalam sesuatu perkara kerana kita mempunyai hati dan keinginan.

Hati manusia ialah faktor yang paling banyak mempengaruhi tingkah laku manusia. Harus diingat bahawa hati manusia sentiasa berbolak balik. “Sesungguhnya dinamakan qalbu adalah tidak lain kerana mudahnya ia berbolak-balik: perumpamaan qalbu adalah sebagaimana sehelai bulu yang menempel pada batang pohon yang dibolak balik oleh angin” (-HR Ahmad, Hadis sohih ). Demikian juga yang berlaku di alam realiti. Kita pernah bangun di tengah malam lalu menangis memohon keampunan kepada Allah tapi setelah fajar mula bersinar, kita melakukan maksiat seakan-akan tidak pernah setitis pun air mata keinsafan mengalir di pipi kita. Adakalanya kita bangun pagi dengan penuh keazaman dan pada petangnya kita kembali dengan penuh penyesalan.

Justeru, kita perlu lebih banyak memerhatikan setiap langkah kita agar tidak terpesong tanpa kita sedari. Marilah sama-sama kita saling menguatkan tekad dan azam untuk terus beristiqamah dengan setiap perbuatan baik yang kita lakukan. Muah-mudahan saya juga akan terus beristiqamah untuk menulis….. Ameen…





Followers

Muslimkaffah © 2008 Template by Dicas Blogger Supplied by Best Blogger Templates

TOPO