Syuro 1

Menurut Hussain Bin Muhammad Bin Ali Jabir
(Menuju Jamma’atul Muslimin)
Berdasarkan kedudukan syura dalam Al-quran dan As-sunnah disamping peranannya yang amat besarb dalam mewujudkan system pemerintahan, memandu masyarakat dan memudahkan urusan rakyat dengan tepat, maka para ulama menegaskan bahawa hukum syura ialah wajib atas para penguasa umat islam pada setiap zaman dan tempat
Al-Qurtubi mengutip perkataan Ibnu ‘Athiyah, “ Syura termasuk salah satu kaedah syariat dan dasar hukum. Barangsiap tidak bermusyawarah dengan ahli ilmu dan agama, maka ia wajib dipecat. Tidak ada yang memperselisihkan tentang hal ini.”
Al-Qurtubi juga mengutip perkataan Ibnu Khuwaiz Mindad, “ Para pemimpin waajib bermusyawarah dengan para ulama mengenai masalah yang tidak mereka ketahui, persoalan agama yang masih belum mereka fahami secara jelas, hal-hal berkaitan perang dan kemaslahatan umum, serta urusan para menteri dan pegawai yang berkaitan dengan kemaslahatan Negara dan pembangunan. ‘
Pengarang kitab tafsir Al-Manar, ketika menafsirkan ayat “ Dan bermusyawarahlah dengan merekan dalam urusan itu” berkata “ Ini ialah perintah kepada pemimpin agar melakukan musyawarah, dan ia wajib kepadanyan.” Sayyid qutb pula berkata “ Ini ialah nash ang tegas yang tidak boleh diragukan lagi oleh umat islam bahawa syura ialah dasar asasi bagi tegaknya system pemerintahan Islam. Islam tidak boleh tegak melainkan dengan prinsip ini.”
Tidak ada percanggahan pendapat dalam kalangan ulama tentang wajibnya seorang pemimpin melaksanaknan prinsip syura. Jika ada perselisihan ialah apakah ia wajib atau sunnah bagi Nabi Muhammad SAW, kerana beliau mendapat wahyu sehingga tidak memerlukan syuro.
Ibnu Mulqan berkata, “ Sesungguhnya bermusyawarahlah kepada para ahli fikir ialah wajib atas Nabi SAW, demikianlah pendapat yang benar menurut para sahabatnya, kerana zahir firman Allah, “ Dan bermusyawarahlah dengan mereka tentang hal itu” (3:159). Hal ini dijelaskan secara terperinci oleh Al-hafiz Ibnu Hajar dalam kitab Fathul Barri. Walaubagaimanapun pendapat ini ditentang oleh Ar-Razi, kemudian beliau mengutip perkataan Imam syafie, “ Sesungguhnya perintah dalam firman Allah, “Dan bermusyawarahlah dengan mereka tentang hal itu. “ itu dapat diertikan sebagai sunnah. “
Sebab-sebab pemimpin memerlukan syura:
1. Firman Allah SWT “ Dan bermusyawarahlah dengan mereka tentang hal itu” (3:159).
2. Aplikasi Rasulullah saw terhadap prinsip ini dan para khalifah sesudahnya yang mengikutinya.
3. Kerana Allah swt menjadikan prinsip ini sebagai sifat setiap muslim dalam segala urusannya. Hal ini berdasarkan firman Allah swt, “…dan urusan mereka diputuskan oleh musyawarah antara mereka…” (42:38)
4. Syura merupakan jalan menuju keselamatan daripada kesalahan pendapat, disampjng merupakan penyrmpurnaan bagi kekurangan manusiawi. Ia berfungsi sebagai tempat seleksi bagi setiap pendapat yang ada.
5. Syura dapat mencegah pengusa daripada menetapklan hukum sewenag-wenagnya.
6. Telah menjadi kesepakatan para mufasasir bahawa syira akan menimbulakan kesan yang baik dan kelembutan pada jiwa prang yang bermusyawarah. Hal ini menjanjikan umat saling bersatu dang ber[egang teguh. Azzamah shari berkata, “sesunguhnya para pepmimpin arab tidak bermusyawarah tentang urusan mereka akan mengakibatkan kesulitan pada mereka sendiri”.
7. Syura menjadi wajib kerana kita hidup pada zaman yang mempunyai pelbagai pengkhususan. Setiap spcialist tidak mengetahui bidang diluar pengkhususannya. Oleh kerana itu, musyawarah perlu dilakukan dengan tiap-tiap specialist memberikan cadangan berkaitan urusan kaum muslimin.
Syarat-sayrat anggota syura adalah seperti berkiut:
1. Anggota majlis syura ialah individu yang dapat membuat garis perjalanan umat ini sesuai dengan kitabullah dan sunnah Rasulullah saw. Dengan demikian anggota majlis syura adalah orang yang paling banyak menguasai Al-Quran dan As-Sunnah. “Dan kalau mereka menyerahkannya kepada Rasul dan Ulil Amri di antara mereka, tentulah orang-orang yang ingin mengetahui kebenarannya (akan dapat) mengetahuinya dari mereka (Rasul dan Ulil Amri)...” (4:83). Bukhari berkata, “para anggita syura umar ialah para qari.”

2. Orang yang dicalonkan menjadi anggota syura hendaklah yang memiliki reputasi bersih dengan Allah, terpelihara akhlaknya (bukan pelaku dosa). Hal ini kerana, ketika Allah memerintahkan rasulNya bermusyawarah dengan para sahabat, Allah meminta agar Rasulullah saw terlebih dahulu memaafkan mereka atas kesalahan mereka terhadapnya disamping memintakan ampunan Allah atas dosa mereka yang berkaitan dengan Allah sehingga mereka layak bermusyawarah dan menjadi anggota syura. Firman Allah swt “kerana itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu.” (3:159). Dengan syarat ini bererti tidak ada temnpat dalam majlis syura bagi perlaku maksiat dan orang fasik dan ulama yang berdusta.
3. Agenda para khalifah adalah bermusyawarah dengan orang-orang adil dan terpercaya dari para ilmu dalam umat ini pada setiap zaman dan tempat. Bukhari berkata, “Para pemimpin sesudah Rasulullah saw sentiasa meminta pendapat (syura) dengan orang-orang yang terpercaya dari kalangan ahli ilmu”. Al-Qurthubi berkata mengutip dari Sufyan Ats-Tsauri, “Hendaklah orang yang menjadi anggota syura adalah orang yang bertakwa, amanah, dan takut kepada Allah”.
4. Orang-orang bijak menjadi anggota dan mendampingi pemimpinnya. “Hendaklah orang yang mendampingiku adalah orang-orang yang bijak dan mempunyai kemampuan untuk mencegah di antara kamu.” (HR Muslim).
Adapun berkiatan prinsip berkaitan musyawarah Hussain bin Muhammad bin Ali Jabir mengemukakan pandangannya dengan memberikan beberapa hadith Rasulullah saw. “Umatku tidak akan bersepakat atas kesesatan, maka jika kamu melihat perselisihan hendaklah kamu berpegang dengan kelompok yang terbanyak.” (HR Ibnu Majah)

Al-Manawai berkata, “Maka hendaklah kamu berpegang dengan kelompok majoriti dari kaum Muslimin, iaini, hendaklah kamu sentiasa mengikuti Jumhur kaum Muslimin, kerana ia adalah kebenaran yang wajib diikuti, dan ketentuan yang sudah pasti yang tidak boleh menyalahinya. Barangsiapa menyalahi maka ia mati dalam jahiliyah.”

Rasulullah saw berkata kepada Abu Bakar dan Umar, “sekiranya kalian berdua bersepakat dalam suatu musyawarah, nescaya aku tidak akan menentang kalian berdua”. (HR Ahmad)

Sabda Nabi saw dari Abu Dzar, “Dua orang lebih baik darpada satu orang, tiga orang lebih baik dari dua orang, empat orang lebih baik dari tiga orang, maka hendaklah kalian berpegang dengan jemaah, kerana sesungguhnya Allah tidak menghimpun umatku kecuali di atas petunjuk.” (HR Ahmad & Tirmidzi)

Al-Manawi berkata, “Di atas petunjuk iaini kebenaran dan di antara cirri khasnya bahawa kesepakatan mereka merupakan hujah, dan bahawa mereka tidak akan berkumpul di atas kesesatan.” (Syarh Al-Jami’ash Shaghir, Al-Manawi)

Rasulullah saw juga pernah melepas pendapatnya sendiri kerana mengikuti majoriti untuk keluar dari kota Madinah berperang dengan orang-orang Quraisy dalam Perang Uhud. Hal ini menunjukkan dengan jelas wajibnya seorang pemimpin mengikuti pendapat majoriti. Begitu pula kelompok minoriti dalam majlis syura hendaklah beriltizam dengan pendapat tersebut, dan menahan pendapatnya, sekalipun pemimpin berhak kepadanya.

Abu Bakar bermusyawarah dengan para sahabat mengenai peperangan dengan orang murtad. Ia mengikut pendapat majoriti setelah semua sahabat bersepakat. Demikian pula dalam hal penghimpunan Al-Quran, ia mengikuti pendapat majorit I sahabat, sekalipun pada mulanya ia sendiri tidak sependapat dengan mereka.

At-Thabari menyebutkan dalam tafsirnya terhadap firman Allah, “Dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu.” Iaitu mereka memusyawarahkan di antara mereka, kemudian diputuskan apa yang telah disepakati oleh para pembesar mereka. (Tafsir At-Thabari)

Imam Ghazali berkata, “Jika mereka berselisih pendapat, maka yang dilihat adalah pendapat majoriti.” (Ihya’ Ulumuddin)

Imam Mawardi berkata, “Apabila pengurus suatu masjid berselisih pendapat dalam pemilihan imam, maka yang dipegangi pendapat majoriti.” (Al-Ahkam As-Sulthoniyah)

Pengarang Al-Manar, ketika menafsirkan ayat-ayat peperangan Uhud, berkata, “Walaupun Nabi saw sudah melihat dalam mimpi dan ditafsirkannya seperti apa yang terjadi di Uhud, bahawa tinggal di Madinah akan lebih baik dan menguntungkan, akan tetapi Rasulullah saw tetap mengikuti pendapat majoriti yang memutuskan harus keluar dari kota Madinah.”

Adapun dalam kesimpulannya Hussain Bin Muhammad bin Ali Jabir, MA mengenai prinsip majoriti ini adalah bahawa dalam Islam, tidak ada syura menyangkut masalah yang ada nashnya dan tidak ada ertinya pendapat majoriti di hadapan nash.

Seja o primeiro a comentar

Followers

Muslimkaffah © 2008 Template by Dicas Blogger Supplied by Best Blogger Templates

TOPO