MA’IYATULLAH(bahagian 2)


Kehidupan ini sesuatu yang amat melelahkan. Ujian dan cabaran sering datang silih berganti sehingga terpisahlah mereka yang berjaya dan gagal, mereka yang benar dan berdusta. Setiap manusia tidak akan terlepas daripada menghadapi musibah. Bergembiralah mereka yang menghadapinya dengan sabar dan ikhlas.


“ dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” (Al-Baqarah:155)

“ Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?. dan Sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, Maka Sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan Sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (Al-ankabut:2-3)

Sesuatu yang pasti kita tidak akan mampu mengharungi samudera kehidupan ini tanpa pertolongan Allah kerana badai dan taufan yang datang seringkali melampaui kemampaun manusiawai yang amat terbatas. Oleh yang demikian, kita harus menginsafi diri dengan melihat betapa kerdilnya dan lemahnya kita jika dibandingkan dengan Allah yang maha perkasa lagi maha agung. Sedarilah bahawa kita tidak berhak atas sesuatu pun tanpa iradahNya. Kejayaan dan kebahagian yang kita peroleh bukanlah kerana kebijaksanaan kita sebaliknya ia merupakan kurniaan Allah yang perlu kita syukuri. Sedarilah betapa setiap saat dan waktu kita amat memerlukan perhatian Allah dan pertolonganNya. Walaubagaimanapun, sedikit sekali manusia yang bersyukur, sedikit sekali mereka yang menunaikan hak Allah daripada yang menuntut nikmat daripadaNya. Kebanyakkan manusia akan mengingati Allah dalam keadaan kesusahan dan kembali lupa kepadaNya stelah memperoleh nikmat.

“ dan apabila manusia ditimpa bahaya Dia berdoa kepada Kami dalam Keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, Dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah Dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan.”(Yunus:12)

Justeru mereka yang benar keimananya mengingati Allah dalam setiap keadaan. Hal ini kerana mereka amat sedar bahawa pertolongan Allah merupakan pertolongan yang bersyarat. Allah menuntut Rasulullah SAW dan para sahabat untuk berkorban harta dan jiwa mereka, sehingga mereka diusir daripada tanah air mereka sendiri sebelum Allah memberikan mereka kemenangan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.Tidak ada jalan yang pintas untuk mendapat pertolongan Allah kerana mereka yang memperolehinya pasti mendapat kejayaan.

“ Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.”(Muhammad:7)

Perhatikan dalam ayat diatas, Allah memberikan syarat kita menolong agama Allah terlebih dahulu, kemudian barulah Allah akan menolong kita. Buka dan semaklah sejarah kekasih kita nabi Muhammad SAW.Ujian yang dihadapi oleh bginda sangat besar dan berat.

"Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, Padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, Sesungguhnya pertolongan Allah itu Amat dekat." (Al-baqarah:214)

Nah, sekarang tanyakan soalan ini kepada kita, adakah kita mampu menjawabnya? Justeru mereka yang merasai ma’iyatullah akan menyedari bahawa dalam setiap ujian yang mereka lalui samada mereka berjaya atau gagal, Allah tidak pernah meninggalkan mereka, Mereka sedar bahawa kejayaan dan kegagalan merupakan ujian. Kejayaan ialah ujian untuk bersyukur dan kegagalan ialah ujian untuk bersabar. Mereka amat tahu bahawa ujian yang Allah hadapkan dihadapan mereka hanyalah sebagai satu prasyarat untuk mendapatkan prtolongan Allah yang maha pengasih. Mereka akan mempunyai cukup kekuatan untuk untuk menongkah arus kehidupan kerana mereka amat yakin akan kejayaan yang merupakan natijah daripada pertolongan Allah sedang menanti mereka didunia dan akhirat.Alangkah indahnya hidup mereka yang yakin dan dapat merasai kebersamaan Allah dalam setiap denyut nadi kehidupan mereka.

Justeru janganlah kita sama sekali berputus asa daripada rahmat Allah kerana kasih sayang Allah itu amat luas, lebih tinggi daripada kasih sayang seorang ayah dan lebih dalam daripada kasih sayang seorang ibu.Belajarlah untuk menunaikan hak Allah kerana Allah tidak pernah lupa untuk membalasnya sebaliknya manusialah yang sering lupa dan tenggelam dalam dunia yang penuh dengan keinginan.

“Hai anak-anakku, Pergilah kamu, Maka carilah berita tentang Yusuf dan saudaranya dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir".(Yusuf:87)

Terbanglah di langit yang luas, melatalah di padang yang terbentang, selamlah dalam lautan yang dalam, belayarlah atas lautan yang tidak bertepian, sembunyilah dalam kegelapan malam dan kesunyiannya, Allah akan tetap bersamamu. Maka janganlah melupakanNya kerana dia sentiasa mengingatimu………………………

Followers

Muslimkaffah © 2008 Template by Dicas Blogger Supplied by Best Blogger Templates

TOPO