Syuro 1

Menurut Hussain Bin Muhammad Bin Ali Jabir
(Menuju Jamma’atul Muslimin)
Berdasarkan kedudukan syura dalam Al-quran dan As-sunnah disamping peranannya yang amat besarb dalam mewujudkan system pemerintahan, memandu masyarakat dan memudahkan urusan rakyat dengan tepat, maka para ulama menegaskan bahawa hukum syura ialah wajib atas para penguasa umat islam pada setiap zaman dan tempat
Al-Qurtubi mengutip perkataan Ibnu ‘Athiyah, “ Syura termasuk salah satu kaedah syariat dan dasar hukum. Barangsiap tidak bermusyawarah dengan ahli ilmu dan agama, maka ia wajib dipecat. Tidak ada yang memperselisihkan tentang hal ini.”
Al-Qurtubi juga mengutip perkataan Ibnu Khuwaiz Mindad, “ Para pemimpin waajib bermusyawarah dengan para ulama mengenai masalah yang tidak mereka ketahui, persoalan agama yang masih belum mereka fahami secara jelas, hal-hal berkaitan perang dan kemaslahatan umum, serta urusan para menteri dan pegawai yang berkaitan dengan kemaslahatan Negara dan pembangunan. ‘
Pengarang kitab tafsir Al-Manar, ketika menafsirkan ayat “ Dan bermusyawarahlah dengan merekan dalam urusan itu” berkata “ Ini ialah perintah kepada pemimpin agar melakukan musyawarah, dan ia wajib kepadanyan.” Sayyid qutb pula berkata “ Ini ialah nash ang tegas yang tidak boleh diragukan lagi oleh umat islam bahawa syura ialah dasar asasi bagi tegaknya system pemerintahan Islam. Islam tidak boleh tegak melainkan dengan prinsip ini.”
Tidak ada percanggahan pendapat dalam kalangan ulama tentang wajibnya seorang pemimpin melaksanaknan prinsip syura. Jika ada perselisihan ialah apakah ia wajib atau sunnah bagi Nabi Muhammad SAW, kerana beliau mendapat wahyu sehingga tidak memerlukan syuro.
Ibnu Mulqan berkata, “ Sesungguhnya bermusyawarahlah kepada para ahli fikir ialah wajib atas Nabi SAW, demikianlah pendapat yang benar menurut para sahabatnya, kerana zahir firman Allah, “ Dan bermusyawarahlah dengan mereka tentang hal itu” (3:159). Hal ini dijelaskan secara terperinci oleh Al-hafiz Ibnu Hajar dalam kitab Fathul Barri. Walaubagaimanapun pendapat ini ditentang oleh Ar-Razi, kemudian beliau mengutip perkataan Imam syafie, “ Sesungguhnya perintah dalam firman Allah, “Dan bermusyawarahlah dengan mereka tentang hal itu. “ itu dapat diertikan sebagai sunnah. “
Sebab-sebab pemimpin memerlukan syura:
1. Firman Allah SWT “ Dan bermusyawarahlah dengan mereka tentang hal itu” (3:159).
2. Aplikasi Rasulullah saw terhadap prinsip ini dan para khalifah sesudahnya yang mengikutinya.
3. Kerana Allah swt menjadikan prinsip ini sebagai sifat setiap muslim dalam segala urusannya. Hal ini berdasarkan firman Allah swt, “…dan urusan mereka diputuskan oleh musyawarah antara mereka…” (42:38)
4. Syura merupakan jalan menuju keselamatan daripada kesalahan pendapat, disampjng merupakan penyrmpurnaan bagi kekurangan manusiawi. Ia berfungsi sebagai tempat seleksi bagi setiap pendapat yang ada.
5. Syura dapat mencegah pengusa daripada menetapklan hukum sewenag-wenagnya.
6. Telah menjadi kesepakatan para mufasasir bahawa syira akan menimbulakan kesan yang baik dan kelembutan pada jiwa prang yang bermusyawarah. Hal ini menjanjikan umat saling bersatu dang ber[egang teguh. Azzamah shari berkata, “sesunguhnya para pepmimpin arab tidak bermusyawarah tentang urusan mereka akan mengakibatkan kesulitan pada mereka sendiri”.
7. Syura menjadi wajib kerana kita hidup pada zaman yang mempunyai pelbagai pengkhususan. Setiap spcialist tidak mengetahui bidang diluar pengkhususannya. Oleh kerana itu, musyawarah perlu dilakukan dengan tiap-tiap specialist memberikan cadangan berkaitan urusan kaum muslimin.
Syarat-sayrat anggota syura adalah seperti berkiut:
1. Anggota majlis syura ialah individu yang dapat membuat garis perjalanan umat ini sesuai dengan kitabullah dan sunnah Rasulullah saw. Dengan demikian anggota majlis syura adalah orang yang paling banyak menguasai Al-Quran dan As-Sunnah. “Dan kalau mereka menyerahkannya kepada Rasul dan Ulil Amri di antara mereka, tentulah orang-orang yang ingin mengetahui kebenarannya (akan dapat) mengetahuinya dari mereka (Rasul dan Ulil Amri)...” (4:83). Bukhari berkata, “para anggita syura umar ialah para qari.”

2. Orang yang dicalonkan menjadi anggota syura hendaklah yang memiliki reputasi bersih dengan Allah, terpelihara akhlaknya (bukan pelaku dosa). Hal ini kerana, ketika Allah memerintahkan rasulNya bermusyawarah dengan para sahabat, Allah meminta agar Rasulullah saw terlebih dahulu memaafkan mereka atas kesalahan mereka terhadapnya disamping memintakan ampunan Allah atas dosa mereka yang berkaitan dengan Allah sehingga mereka layak bermusyawarah dan menjadi anggota syura. Firman Allah swt “kerana itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu.” (3:159). Dengan syarat ini bererti tidak ada temnpat dalam majlis syura bagi perlaku maksiat dan orang fasik dan ulama yang berdusta.
3. Agenda para khalifah adalah bermusyawarah dengan orang-orang adil dan terpercaya dari para ilmu dalam umat ini pada setiap zaman dan tempat. Bukhari berkata, “Para pemimpin sesudah Rasulullah saw sentiasa meminta pendapat (syura) dengan orang-orang yang terpercaya dari kalangan ahli ilmu”. Al-Qurthubi berkata mengutip dari Sufyan Ats-Tsauri, “Hendaklah orang yang menjadi anggota syura adalah orang yang bertakwa, amanah, dan takut kepada Allah”.
4. Orang-orang bijak menjadi anggota dan mendampingi pemimpinnya. “Hendaklah orang yang mendampingiku adalah orang-orang yang bijak dan mempunyai kemampuan untuk mencegah di antara kamu.” (HR Muslim).
Adapun berkiatan prinsip berkaitan musyawarah Hussain bin Muhammad bin Ali Jabir mengemukakan pandangannya dengan memberikan beberapa hadith Rasulullah saw. “Umatku tidak akan bersepakat atas kesesatan, maka jika kamu melihat perselisihan hendaklah kamu berpegang dengan kelompok yang terbanyak.” (HR Ibnu Majah)

Al-Manawai berkata, “Maka hendaklah kamu berpegang dengan kelompok majoriti dari kaum Muslimin, iaini, hendaklah kamu sentiasa mengikuti Jumhur kaum Muslimin, kerana ia adalah kebenaran yang wajib diikuti, dan ketentuan yang sudah pasti yang tidak boleh menyalahinya. Barangsiapa menyalahi maka ia mati dalam jahiliyah.”

Rasulullah saw berkata kepada Abu Bakar dan Umar, “sekiranya kalian berdua bersepakat dalam suatu musyawarah, nescaya aku tidak akan menentang kalian berdua”. (HR Ahmad)

Sabda Nabi saw dari Abu Dzar, “Dua orang lebih baik darpada satu orang, tiga orang lebih baik dari dua orang, empat orang lebih baik dari tiga orang, maka hendaklah kalian berpegang dengan jemaah, kerana sesungguhnya Allah tidak menghimpun umatku kecuali di atas petunjuk.” (HR Ahmad & Tirmidzi)

Al-Manawi berkata, “Di atas petunjuk iaini kebenaran dan di antara cirri khasnya bahawa kesepakatan mereka merupakan hujah, dan bahawa mereka tidak akan berkumpul di atas kesesatan.” (Syarh Al-Jami’ash Shaghir, Al-Manawi)

Rasulullah saw juga pernah melepas pendapatnya sendiri kerana mengikuti majoriti untuk keluar dari kota Madinah berperang dengan orang-orang Quraisy dalam Perang Uhud. Hal ini menunjukkan dengan jelas wajibnya seorang pemimpin mengikuti pendapat majoriti. Begitu pula kelompok minoriti dalam majlis syura hendaklah beriltizam dengan pendapat tersebut, dan menahan pendapatnya, sekalipun pemimpin berhak kepadanya.

Abu Bakar bermusyawarah dengan para sahabat mengenai peperangan dengan orang murtad. Ia mengikut pendapat majoriti setelah semua sahabat bersepakat. Demikian pula dalam hal penghimpunan Al-Quran, ia mengikuti pendapat majorit I sahabat, sekalipun pada mulanya ia sendiri tidak sependapat dengan mereka.

At-Thabari menyebutkan dalam tafsirnya terhadap firman Allah, “Dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu.” Iaitu mereka memusyawarahkan di antara mereka, kemudian diputuskan apa yang telah disepakati oleh para pembesar mereka. (Tafsir At-Thabari)

Imam Ghazali berkata, “Jika mereka berselisih pendapat, maka yang dilihat adalah pendapat majoriti.” (Ihya’ Ulumuddin)

Imam Mawardi berkata, “Apabila pengurus suatu masjid berselisih pendapat dalam pemilihan imam, maka yang dipegangi pendapat majoriti.” (Al-Ahkam As-Sulthoniyah)

Pengarang Al-Manar, ketika menafsirkan ayat-ayat peperangan Uhud, berkata, “Walaupun Nabi saw sudah melihat dalam mimpi dan ditafsirkannya seperti apa yang terjadi di Uhud, bahawa tinggal di Madinah akan lebih baik dan menguntungkan, akan tetapi Rasulullah saw tetap mengikuti pendapat majoriti yang memutuskan harus keluar dari kota Madinah.”

Adapun dalam kesimpulannya Hussain Bin Muhammad bin Ali Jabir, MA mengenai prinsip majoriti ini adalah bahawa dalam Islam, tidak ada syura menyangkut masalah yang ada nashnya dan tidak ada ertinya pendapat majoriti di hadapan nash.

Syarat-syarat diterima syahadah

Ketika ada orang bertanya kepada Wahb bin Munabih, “Bukankah Lailahaillallah ialah pintu syurga?” ia menjawab, “benar, namun tidak ada satu kunci pun kecuali mempunyai gigi-gigi. Jika engkau menggunakan kunci yang bergigi, pintu akan terbuka. jika tidak, tidak akan terbuka”.

Gigi-gigi kunci itu ialah syarat-syarat Lailahaillallah:

1) Ilmu yang menolak kejahilan

Ilmu yang diperluka ialah untuk mengetahui dan memahami yang dimaksudkan dengan kalimah syahadah samada penafian ataupun penetapan. Allah SWT berfirman:

“Maka ketahuilah, bahawa Sesungguhnya tidak ada Ilah (sesembahan, Tuhan) selain Allah dan mohonlah ampunan bagi dosamu dan bagi (dosa) orang-orang mukmin, laki-laki dan perempuan. dan Allah mengetahui tempat kamu berusaha dan tempat kamu tinggal.” (47:19)

“Allah menyatakan bahawasanya tidak ada Tuhan melainkan Dia (yang berhak disembah), yang menegakkan keadilan. Para Malaikat dan orang-orang yang berilmu (juga menyatakan yang demikian itu). tak ada Tuhan melainkan Dia (yang berhak disembah), yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (43:86)

Rasulullah SAW bersabda daripada Utsman ra “ Barangsiapa meninggal, sedang ia mengetahui bahawa tidak ada tuhan yang disembah melainkan Allah maka ia masuk syurga.

2) Keyakinan yang menghapuskan keraguan

Setiap manusia yang melafazkan kalimah agung ini haruslah meyakini dengan sebenar-benarnya kandungan kalimat ini kerana iman yang berguna hanyalah ‘ilm al-yaqin dan bukan sekadar ‘ilm azh-zhan. Allah SWT berfirman:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang percaya (beriman) kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. mereka Itulah orang-orang yang benar.” (49 : 15)

Rasulullah SAW bersabda “ Aku bersaksi tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan bahawa aku ialah utusan Allah. Tidak seorang pun hamba Allah yang bertemu Allah dengan kedua kalimat ini dan tidak ragu-ragu tentang keduanya, kecuali masuk syurga”

Imam Al-Qurtubi mengatakan dalam Al-Mufhim ‘ala Shahih Muslim ada bab “tidak cukup dengan melafazkan shahdatain, tapi harus dengan keyakinan hati” . Semua bukti ini menunjukkan rusaknya fahaman Murji’ah yang mengatakan melafazkan shahadatain cukup dalam keimanan. Konsekuensinya ialah membenarkan kemunafikkan, sedangkan menganggap orang munafik sebagai beriman ialah satu kebatilan.

3) Penerimaan yang menafikan penolakan.

Menerima konsekuensinya dengan hati dan lisan. Allas SWT telah menceritakan tentang perihal umat terdahulu yang mendapat penyiksaan bagi mereka yang menolaknya dan keselamatan kepada yang menerimanya.

“dan Demikianlah, Kami tidak mengutus sebelum kamu seorang pemberi peringatan pun dalam suatu negeri, melainkan orang-orang yang hidup mewah di negeri itu berkata: "Sesungguhnya Kami mendapati bapak- bapak Kami menganut suatu agama dan Sesungguhnya Kami adalah pengikut jejak-jejak mereka". (Rasul itu) berkata: "Apakah (kamu akan mengikutinya juga) Sekalipun aku membawa untukmu (agama) yang lebih (nyata) memberi petunjuk daripada apa yang kamu dapati bapak-bapakmu menganutnya?" mereka menjawab: "Sesungguhnya Kami mengingkari agama yang kamu diutus untuk menyampaikannya." Maka Kami binasakan mereka maka perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan itu.” (43:23-25)

“Sesungguhnya mereka dahulu apabila dikatakan kepada mereka: "Laa ilaaha illallah" (Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah) mereka menyombongkan diri, dan mereka berkata: "Apakah Sesungguhnya Kami harus meninggalkan sembahan-sembahan Kami karena seorang penyair gila?" (37:35-36)

4) Ketundukan/amal yang menolak penentangan dan sikap statik

Allah SWT berfirman:

“dan Barangsiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang Dia orang yang berbuat kebaikan, Maka Sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang kokoh. dan hanya kepada Allah-lah kesudahan segala urusan.” (31:22)

“Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap keputusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya.” (4:65)

Ibnu Kathir dalam tafsirnya mengatakan, “Allah SWT bersumpah dengan dirinya yang maha mulia lagi suci, bahawa seseorang belum beriman sehinggalah dia menjadikan Rasulullah SAW sebagai hakim dalam segala persoalan. Segala sesuatu yang telah diputuskan oleh Rasul ialah kebenaran yang wajib dipatuhi secara zahir dan batin. Oleh itu Allah berfirman “kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap keputusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya”. Ertinya apabila mereka berhakim kepada rasul, tidak terdapat dalam hati mereka rasa keberatan sedikit pun terhadap keputusan rasul. Sehingga mereka tunduk sepenuhnya tanpa perlawanan, protes, dan penentangan.

Rasulullah SAW bersabda “ tidak beriman seseorang antara kalian sehinggalah hawa nafsunya tunduk kepada ajaran yang aku bawa”

5) Kejujuran yang menolak kedustaan

Pengungkapan kalimah ini haruslah jujur dari hati dan lidahnya sejalan dengan hatinya. Allah SWT berfirman:

“Alif laam miim. Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?. dan Sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, Maka Sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan Sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (29: 1-3)

“di antara manusia ada yang mengatakan: "Kami beriman kepada Allah dan hari kemudian," pada hal mereka itu Sesungguhnya bukan orang-orang yang beriman. mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, Padahal mereka hanya menipu dirinya sendiri sedang mereka tidak sadar. dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta.” (2: 8-10)

Raulullah SAW bersabda “ Tidak seorang pun yang bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad ialah hamba dan utusanNya dengan jujur dari hatinya, kecuali Allah mengharamkannya disentuh api neraka. (HR Bukhori dan Muslim)

Al-allamah Ibnul Qayyim berkata “ Membenarkan Lailahaillallah menuntut adanya ketundukan dan pengakuan hak-haknya iaitu syariat islam yang merupakan penjelmaan kalimat tauhid ini, dengan membenarkan seluruh berita-beritanya, menunaikan perintah-perintahnya, dan menjauhi larangan-larangannya. Orang yang membenarkannya pada hakikatnya adalah yang melakukan itu semua. Adalah sudah maklum bahawa telah terpelihara harta dan darahnya secara mutlak, tidak akan ada kecuali dengan kalimat itu dan dengan menunaikan segala haknya, Demikian juga keselamatan dari azab secara mutlak, tidak akan terjadi kecuali dengan kalimat ini dan dengan menunaikan haknya.” At-tibyan fi Aqsam al-Qur’an

Ibnu Rajab mengatakan “Adapun orang yang mengucapkan Lailahaillallah dengan lidahnya, kemudian mentaati syaitan, kecenderungannya adalah bermaksiat dan menentang Allah, sebenarnya perbuatan itu telah mendustakan perkataannya. Kemurniaan tauhidnya berkurang seuai dengan kadar kemaksiatannya kepada Allah itu dalam menuruti syaitan dan hawa nafsunya.”

“Maka jika mereka tidak Menjawab (tantanganmu) ketahuilah bahwa sesungguhnya mereka hanyalah mengikuti hawa nafsu mereka (belaka). Dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang mengikuti hawa nafsunya dengan tidak mendapat petunjuk dari Allah sedikitpun. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.” (28:50)

6) Ikhlas yang menolak syirik

Nabi SAW telah bersabda “ Orang yang paling bahagia dengan syafaatku adalah orang yang mengucapkan Lailahaillalllah secara tulus ikhlas dari hatinya, atau dari jiwanya” (HR Bukhori)

“Sesungguhnya Allah mengharamkan atas api neraka, orang yang mengucapkan Lailahaillallah dengan maksud mengharapkan redha Allah SWT.” (HR Muslim)

“Allah membuat perumpamaan (yaitu) seorang laki-laki (budak) yang dimiliki oleh beberapa orang yang berserikat yang dalam perselisihan dan seorang budak yang menjadi milik penuh dari seorang laki-laki (saja); Adakah kedua budak itu sama halnya? segala puji bagi Allah tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.” (39:29)

Al-Fudhail bin Iyadh rahimahullah berkata “ Sesungguhnya amal perbuatan jika sudah ikhlas namun tidak benar tidak akan diterima. Jika benar tapi tidak ikhlas juga tidak diterima sebelum menjadi amal yang ikhlas dan benar. Ikhlas jika ia hanya kerana Allah, sedangkan benar bererti mengikut sunnah.” (Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah- Iqtidha’ush-Shirath al-Mustaqim Mukhalafatu Ashab al-Jahim)

7) Kecintaan yang menolak kebenciaan

Mencintai kalimat ini, apa yang menjadi konsekuensinya, dan kandungan-kandungannya, mencintai orang yang memiliki, mengamalkan,dan komitmen dengan syarat-syaratnya, serta membenci segala sesuatu yang menggugurkan hal itu. Allah SWT berfirman :

“Dan diantara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman Amat sangat cintanya kepada Allah. Dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu[106] mengetahui ketika mereka melihat siksa (pada hari kiamat), bahwa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya, dan bahwa Allah amat berat siksaan-Nya (nescaya mereka menyesal).” (2:165)

Syaikh Hafizh Al-hakami rahimahullah mengatakan “Indikasi kecintaan seseorang hamba kepada tuhannya ialah mendahulukan cintaNya sekalipun hawa nafsunya menentangnya, membenci apa yang dibenci oleh tuhannya sekalipun hawa nafsu cenderung kepadanya. Memberikan kesetiaan kepada orang yang setia kepada Allah dan RasulNya, memusuhi orang yang memusuhiNya, mengikuti RasulNya, meniti jejaknya dan petunjuknya”

Ibnul Qayyim dalam “An-Nuniyah” mengatakan “syarat kecintaan adalah engkau sejalan dengan siapa yang engkau cintai demi cintanya tanpa ada mendurhakainya. Jika engkau mencintainya tetapi engkau menentang hal yang dicintainya, bererti engkau bohong. Pantaskah kamu mencintai musuh kekasihmu, sementara engkau mengaku mencintainya? Itu tidak mungkin. Selain itu engkau serius memusuhi orang-orang yang dicintainya. Mana cinta itu wahai saudara syaitan? Bukanlah ibadah jika tidak menyatukan kecintaan, disertai ketundukan hati dan anggota badan.”

Beliau juga mengatakan “ Kita lihat kemusyrikan yang sangat jelas pada sekelompok orang yang mengaku islam. Mereka menjadikan sekutu-sekutu bagi Allah, loyal dan menyetarakan mereka denganNya dalam kecintaan bukan dalam kekuasaan”

Rasulullah SAW bersabda “Tiga hal barangsiapa dalam dirinya ada ketiganya akan mendapatkan manisnya iman; Apabila Allah dan Rasulnya lebih ia cintai daripada selain keduanya, apabila seseorang mencintai seseorang yang lain, ia tidak mencintainya kecuali kerana Allah, dan apabila ia tidak ingin kembali kepada kekafiran setelah Allah menyalamatkannya dari kekufuran sebagaimana ia tidak mahu dicampakkan ke dalam api neraka” (HR Bukhori)

Rujukan : Al-wala' wa al-bara'

Tazkiyah



Sepanjang kehidupan manusia, ketaatan sering kali harus bertempur dengan dua musuh utama iaitu syaitan dan hawa nafsu. Manusia yang berjaya ialah yang mampu menghadapi dan mengendalikan kedua-duanya dengan keimanan dan ketakwaan. Namun, hakikat kehidupan manusia tidak pernah sunyi daripada melakukan dosa dan kesalahan. Justeru proses tazkiyah haruslah sentiasa dijalankan agar hati yang Allah anugerahkan tidak buta dan mati. Kematian hati akan menyebabkan manusia tidak mempunyai kuasa dan kemampuan mengendalikan dirinya sendiri dan hidup manusia akan berterusan dalam kemaksiatan dan kegelapan.

Syaitan akan sentiasa menggunakan setiap kesempatan yang diperolehi untuk menggoda dan menyesatkan manusia. Sumpah dan dendam syaitan tak pernah terpadam sehinggalah hari akhirat. Manusia yang lalai akan sentiasa dibuai dan disesatkan oleh syaitan. Kesedaran terhadap adanya musuh yang nyata ini seharusnya membuahkan kesedaran terhadap perlunya benteng keimanan dikukuhkan. Salah satu kekuatan manusia ialah hati yang bersih, yang disinari cahaya dan yang sentiasa hidup. Hati ini hanyalah bias diperolehi dengan proses tazkiyah yang berkesan dan berterusan.

Berikut ialah langkah-langkah membersihkan hati menurut pandangan imam Al-Ghazali.

1) Musyaratah (meletakkan syarat)

Terlebih dahulu manusia seharusnya syarat-syarat yang perlu dipatuhi dalam kehidupan. Hal ini kerana syarat yang telah wujud akan memerlukan tindakan lanjutan iaitu pemantauan (muroqabah), dan perlu diaudit (muhasabah). Sekiranya tidak dipenuhi maka hukuman (mu’aqabah) dan celaan (mu’atabah) perlu diberikan. Demikianlah pentingnya meletakkan syarat dalam kehidupan. Seawal pagi lagi, kita seharusnya meletakkan pelbagai sasaran yang ingin dicapai sepanjang hari tersebut. Sasaran ibadah, akademik, kerjaya, dan hubungan intrapersonal dan interpersonal. Sasaran ini harus jelas agar kita tidak memandang remeh dan sambil lewa.

2) Muroqobah

Maknanya ialah pengawasan. Muroqobah ialah sebahagian daripada makna ihsan. Bahagian yang lain daripada ihsan ialah musyahadah. Seseorang hamba harus menyedari bahawa Allah sentiasa mengawasi dirinya. Allah berfirman di dalam Al-Quran:

dan diletakkanlah Kitab, lalu kamu akan melihat orang-orang bersalah ketakutan terhadap apa yang (tertulis) di dalamnya, dan mereka berkata: "Aduhai celaka Kami, kitab Apakah ini yang tidak meninggalkan yang kecil dan tidak (pula) yang besar, melainkan ia mencatat semuanya; dan mereka dapati apa yang telah mereka kerjakan ada (tertulis). dan Tuhanmu tidak Menganiaya seorang juapun". (Al-Kahfi: 49)

pada hari ketika tiap-tiap diri mendapati segala kebajikan dihadapkan (dimukanya), begitu (juga) kejahatan yang telah dikerjakannya; ia ingin kalau kiranya antara ia dengan hari itu ada masa yang jauh; dan Allah memperingatkan kamu terhadap siksa-Nya. dan Allah sangat Penyayang kepada hamba-hamba-Nya.” (Ali Imran: 30)

Jelas sekali digambarkan dalam ayat diatas bahawa setiap perbuatan manusia akan diperhatikan, dicatatkan bahkan akan dihisab didepan Allah ‘azza wajalla. Apakah kita masih mampu menmberikan ruang dalam kehidupan kita untuk bermaksiat kepada Allah?.

Seorang hamba tidak terlepas dari 3 keadaan: dalam ketaatan, atau dalam kemaksiatan, atau dalam hal mubah. Muraqabahnya dalam ketaatan ialah dengan ikhlas, menyempurnakan, menjaga adab dan melindunginya daripada segala kecatatan. Jika dalam kemaksiatan maka muraqabahnya ialah dengan taubat,melepaskan, malu dan sibuk dengan tafakkur. Jika dalam hal mubah, maka muraqabahnya dengan menjaga adab dan kemudian menyaksikan pemberi nikmat di dalam kenikmatan yang didapati dan mensyukurinya.

Justeru, hendaklah kita sentiasa memperhatikan syarat-syarat yang telah kita tetapkan dan sejauh mana kita berkomitmen untuk melaksanakannya.

3) Muhasabah

Telah berkata Umar Al-khattab ra. “Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab dan timbanglah dia sebelum kamu ditimbang”. Oleh yang demikian setelah kita memperuntukkan waktu untuk membuat perancangan di waktu pagi kemudian mengawasi setiap perlaksnaan, maka kita juga perlu untuk memperuntukkan waktu di petang hari untuk kembali menghisab setiap perbuatan yang telah dilakukan samada berupa ketaatan ataupun kemaksiatan.

Seperti dalam perniagaan, proses muhasabah boleh dianologikan sebagai proses audit. Modal kita ialah kehidupan yang dianugerahkan oleh Allah, kemudian kita berusaha menjalani kehidupan sebaik yang mungkin. Maka kita perlu menghitung nilai keuntungan yang diperolehi ataupun kerugian yang ditanggung. Keuntungan dan kerugian ini diketahui melalui proses audit. Maka keuntungan daripada modal kehidupan ialah amal oleh yang dilakukan semata-mata kerana Allah dan kerugian akan ditanggung akibat daripada perbuatan maksiat yang dilakukan.

Jika kehidupan ini dilalui dengan benar maka sesorang itu akan beroleh ketenangan, jika telah berlalu kewajipan tanpa sempat dilaksanakan maka hendaklah diqadha, jika kewajipan dijalankan dengan kurang sempurna maka disusuli dengan amalan sunat, jika banyak maksiat dilakukan maka disusuli dengan taubat dan amalan kebajikan. Keadaan ini ialah natijah daripada proses muhasabah.

4) Mu’aqabah

Telah dimaklumi bahawa manusia tidak pernah sunyi daripada melakukan kesalahan. Kesalahan-kesalahan ini diketahui dengan jalan muhasabah. Muhasabah melahirkan rasa insaf dan menyesal manakala mu’aqabah meneguhkan kedua-duanya. Para sahabat juga sering mengiqab diri apabila melakukan kesalahan dan kekhilafan. Abu Talhah telah menginfakkan seluruh kebunnya kerana hatinya tidak khusyuk apabila melihat burung yang melintas dalam kebunnya. Begitu juga Umar ra yang saban malam memukul kakinya dengan cemeti seraya berkata; Apa yang telah kau lakukan pada hari ini? Demikian juga beliau yang telah menginfakkan tanahnya membebaskan dua orang hamba kerana terlewat solat maghrib. Justeru hendaklah kita mengiqab diri kita sesuai dengan kemampuan diri dan bertentangan dengan keinginan nafsu syahwat agar diri kita lebih ingat dan ampuh dalam menghadapi kehidupan.

5) Mujahadah

Mujahadah boleh dicapai melalui dua jalan iaitu membaca khabar dan kelebihan mereka yang bermujahadah dan seterusnya ialah bersahabat atau berdampingan dengan orang yang bermujahadah. Telah berkata seseorang “ apabila aku merasa lesu dalam beribadah, aku akan melihat keadaan Muhammad bin Wasi’ dan mujahadahnya lalu aku melakukan hal itu selama seminggu”. Mujahadah sangat diperlukan untuk melaksanakan segala perancangan dan menjalankan iqab yang telah diberikan. Kisah-kisah para sahabat yang telah disebut pada bahagian mu’aqobah ialah gambaran mujahadah yang perlu dilakukan untuk meningkatkan keimanan kepada Allah. Allah Swt juga akan membuka ruang yang luas kepada golongan yang bermujahadah untuk mendekatiNya.

dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar- benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan kami. dan Sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.” (Al-Ankabut:69)

6) Mu’atabah

Sememangnya nafsu syahwat manusia sangat suka dipuji dan dipuja. Apabila dipuji manusia akan tenggelam dalam alam khayalan yang sia-sia. Seorang yang alim akan menjadi lalai dengan pujian demikian juga abid dan para pendakwah. Oleh yang demikian, diri kita harus dicela untuk kembali berpijak di bumi yang nyata dan kembali menyedari hakikat ‘ubudiyyah kepada Allah. Celaan ini bukanlah dilakukan dihadapan manusia sehingga menjatuhkan maruah dan mehilangkan tsiqah. Terdapat golongan yang kononnya mencela diri dihadapan manusia tetap hakikatnya bermaksud untuk dikatakan zuhud dan tawadduk yang akhirnya membuahkan riya’. Sebaliknya celaan ini harus dilakukan dihadapan Allah dalam setiap doa dan munajat kita kepadaNya. Mengadulah dan bongkarlah segala kelemahan diri dihadapan Allah dengan penuh khusyuk dan tawadduk kerana dia lebih mengetahui segala kekurangan, kelemahan, dan maksiat yang kita lakukan. Celaan ini wajar dilakukan agar kita menyedari betapa kerdilnya kita dihadapan Allah yang maha agung dan maha sempurna.

Ayuhlah kita kembali menyucikan hati yang penuh dengan kekotaran dan daki kemaksiatan. Kegelapan hati inilah yang menghalang dahi kita sujud mnyembah kepadaNya, yang menghalang mata darpada mengalirkan air keinsafan, dan yang menghalang minda berfikir atas kebesaran tuhan. Jadilah hamba yang bersyukur atas segala kurnia yang tidak terhingga dengan banyak berzikir, beribadah, dan bertaubat kepadaNya. Siapalah diri kita berbanding zatNya, dan apalah yang ada pada dunia jika dibandingkan dengan syurgaNya. Ayuh merangkaklah, berjalanlah dan berlarilah menuju keampunan dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi. (wallahu’alam)

“dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa,” (Ali Imran :133)



MA’IYATULLAH(bahagian 2)


Kehidupan ini sesuatu yang amat melelahkan. Ujian dan cabaran sering datang silih berganti sehingga terpisahlah mereka yang berjaya dan gagal, mereka yang benar dan berdusta. Setiap manusia tidak akan terlepas daripada menghadapi musibah. Bergembiralah mereka yang menghadapinya dengan sabar dan ikhlas.


“ dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” (Al-Baqarah:155)

“ Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?. dan Sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, Maka Sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan Sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (Al-ankabut:2-3)

Sesuatu yang pasti kita tidak akan mampu mengharungi samudera kehidupan ini tanpa pertolongan Allah kerana badai dan taufan yang datang seringkali melampaui kemampaun manusiawai yang amat terbatas. Oleh yang demikian, kita harus menginsafi diri dengan melihat betapa kerdilnya dan lemahnya kita jika dibandingkan dengan Allah yang maha perkasa lagi maha agung. Sedarilah bahawa kita tidak berhak atas sesuatu pun tanpa iradahNya. Kejayaan dan kebahagian yang kita peroleh bukanlah kerana kebijaksanaan kita sebaliknya ia merupakan kurniaan Allah yang perlu kita syukuri. Sedarilah betapa setiap saat dan waktu kita amat memerlukan perhatian Allah dan pertolonganNya. Walaubagaimanapun, sedikit sekali manusia yang bersyukur, sedikit sekali mereka yang menunaikan hak Allah daripada yang menuntut nikmat daripadaNya. Kebanyakkan manusia akan mengingati Allah dalam keadaan kesusahan dan kembali lupa kepadaNya stelah memperoleh nikmat.

“ dan apabila manusia ditimpa bahaya Dia berdoa kepada Kami dalam Keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, Dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah Dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan.”(Yunus:12)

Justeru mereka yang benar keimananya mengingati Allah dalam setiap keadaan. Hal ini kerana mereka amat sedar bahawa pertolongan Allah merupakan pertolongan yang bersyarat. Allah menuntut Rasulullah SAW dan para sahabat untuk berkorban harta dan jiwa mereka, sehingga mereka diusir daripada tanah air mereka sendiri sebelum Allah memberikan mereka kemenangan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.Tidak ada jalan yang pintas untuk mendapat pertolongan Allah kerana mereka yang memperolehinya pasti mendapat kejayaan.

“ Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.”(Muhammad:7)

Perhatikan dalam ayat diatas, Allah memberikan syarat kita menolong agama Allah terlebih dahulu, kemudian barulah Allah akan menolong kita. Buka dan semaklah sejarah kekasih kita nabi Muhammad SAW.Ujian yang dihadapi oleh bginda sangat besar dan berat.

"Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, Padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, Sesungguhnya pertolongan Allah itu Amat dekat." (Al-baqarah:214)

Nah, sekarang tanyakan soalan ini kepada kita, adakah kita mampu menjawabnya? Justeru mereka yang merasai ma’iyatullah akan menyedari bahawa dalam setiap ujian yang mereka lalui samada mereka berjaya atau gagal, Allah tidak pernah meninggalkan mereka, Mereka sedar bahawa kejayaan dan kegagalan merupakan ujian. Kejayaan ialah ujian untuk bersyukur dan kegagalan ialah ujian untuk bersabar. Mereka amat tahu bahawa ujian yang Allah hadapkan dihadapan mereka hanyalah sebagai satu prasyarat untuk mendapatkan prtolongan Allah yang maha pengasih. Mereka akan mempunyai cukup kekuatan untuk untuk menongkah arus kehidupan kerana mereka amat yakin akan kejayaan yang merupakan natijah daripada pertolongan Allah sedang menanti mereka didunia dan akhirat.Alangkah indahnya hidup mereka yang yakin dan dapat merasai kebersamaan Allah dalam setiap denyut nadi kehidupan mereka.

Justeru janganlah kita sama sekali berputus asa daripada rahmat Allah kerana kasih sayang Allah itu amat luas, lebih tinggi daripada kasih sayang seorang ayah dan lebih dalam daripada kasih sayang seorang ibu.Belajarlah untuk menunaikan hak Allah kerana Allah tidak pernah lupa untuk membalasnya sebaliknya manusialah yang sering lupa dan tenggelam dalam dunia yang penuh dengan keinginan.

“Hai anak-anakku, Pergilah kamu, Maka carilah berita tentang Yusuf dan saudaranya dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir".(Yusuf:87)

Terbanglah di langit yang luas, melatalah di padang yang terbentang, selamlah dalam lautan yang dalam, belayarlah atas lautan yang tidak bertepian, sembunyilah dalam kegelapan malam dan kesunyiannya, Allah akan tetap bersamamu. Maka janganlah melupakanNya kerana dia sentiasa mengingatimu………………………

Followers

Muslimkaffah © 2008 Template by Dicas Blogger Supplied by Best Blogger Templates

TOPO